Sunday, November 23, 2008

UPKO Persoal Rasional JPN Keluarkan Semula MyKad Hijau

PENAMPANG, 21 Nov (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menganggap pengeluaran semula MyKad hijau oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada orang yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia debagai sesuatu tekanan mental dan politik baru kepada penduduk tempatan Sabah.

"Belumpun selesai isu kebanjiran pendatang asing di Sabah, isu dakwaan pemberian taraf warganegara Malaysia kepada puluhan ribu pendatang asing di Sabah, isu dokumen kewarganegaraan palsu, dan pemegang IMM13 yang tidak berkurang tetapi bertambah, kini muncul lagi isu baru iaitu pemberian MyKad hijau yang boleh menggugat hak rakyat Sabah," kata Ketua Pemuda UPKO Arthur Sen, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar tentang gerakan JPN di seluruh negara yang akan mengeluarkan Mykad hijau kepada pemegang sijil kelahiran Malaysia dan pemegang Mykad hijau sedia ada.

Ekoran itu, pejabat JPN Kota Kinabalu dan Tawau diserbu oleh ribuan pemohon.

Arthur berkata Pemuda UPKO mempertikaikan rasional di sebalik keputusan JPN mengaktifkan semula pemberian MyKad hijau yang sudah dibekukan sejak tahun 2004.

Pengeluaran MyKad hijau hanya menguntungkan pemiliknya yang sememangnya warga asing yang dilahirkan di Sabah dan diberi sijil kelahiran tanpa warganegara, katanya.

"Menurut maklumat yang diterima MyKad hijau ini akan laku dan sah sehingga lima tahun. Persoalannya ke mana pula arah tuju kerakyatan mereka dan juga anak-anak mereka selepas itu," kata beliau.

Arthur berkata pemegang MyKad hijau suatu hari berkemungkinan menjadi pemastautin tetap dengan memegang MyKad merah dan seterusnya melayakkan dirinya atau keturunannya memperoleh MyKad biru atau warganegara Malaysia.

Tindakan JPN itu mungkin akan memberi kesan buruk terhadap demografi penduduk Sabah pada masa akan datang, tegasnya.

-- BERNAMA

21 November, 2008 18:28 PM

Projek gas Kimanis-Bintulu bawa kesan berganda untuk rakyat dan ekonomi Sabah

KOTA KINABALU: Pemilikan, kuasa dan hak-hak meneroka, mengguna dan memperolehi sumber petroleum di Malaysia adalah dalam bidang kuasa Petronas secara eksklusif di bawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran berkata, walau bagaimanapun Kerajaan Persekutuan telah memberi jaminan bahawa projek Sabah Oiland Gas Terminal (SOGT) tidak akan menjejaskan bekalan minyak dan gas untuk keperluan dalam negeri ini, serta pembayaran royalti ke atas minyak dan gas yang dihantar ke Bintulu, Sarawak.

“Projek Sabah- Sarawak Gas Pipline (SSGP) merupakan salah satu komponen Projek Bersepa-du Minyak dan Gas yang sedang dijalankan oleh Petronas di negeri ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet Negeri 2009 bagi Jabatan Ketua Menteri di Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin.

Semasa sesi perbahasan Bajet Negeri 2009, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang, Melanie Chia Chui Ket menggesa kerajaan membatalkan projek penyaluran gas Petronas dari Kimanis ke Bintulu.

Nasir berkata, projek bersepadu itu melibatkan pembangunan medan-medan minyak dan gas yang baru ditemui di luar pantai Sabah, pembinaan SOGT di Kimanis dan pembinaan SSGP dari Kimanis ke Kompleks LNG Petrnoas di Bintulu, Sarawak.

Beliau berkata, melalui projek SOGT itu, sumber gas yang dikeluarkan daripada luar pantai Sabah akan didaratkan di SOGT, Kimanis.

“Sebahagian daripada gas yang dikeluarkan akan dibekalkan untuk kegunaan sektor-sektor tenaga dan perindustrian di Sabah dan selebihnya akan disalurkan ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak melalui SSGP,” katanya.

Menurutnya, projek-projek yang dijalan-kan Petronas di Sabah pada masa ini telah dan akan membawa banyak kesan penggandaan (multiplier effect) kepada rakyat dan pertubuhan ekonomi negeri Sabah.

Antaranya pertumbuhan kawasan-kawa-san bandar dan pusat-pusat perindustrian baru, peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan serta pembangunan modal insan bagi menyo-kong industri berasaskan minyak dan gas di Sabah.

“Kerajaan negeri menyedari bahawa industri hiliran berasaskan minyak dan gas wajar diwujudkan di Sabah seperti termaktub dalam Pelan Induk Perindustrian Sabah (SIAP) dan telah mengambil inisiatif serta langkah-langkah sewajarnya,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri melalui Unit Peran-cang Ekonomi Negeri (UPEN) juga telah menu-buhkan satu jawatnkuasa sementara yang dianggotai oleh Pejabat Pegum Besar Negeri, Pejabat Setiausaha Hasil Bumi, Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Perindustrian, Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan dan Perbadanan Tenaga Sabah bagi merangka strategi dan langkah-langkah bersepadu untuk membangunkan industri hiliran minyak dan gas di Sabah.

Menurutnya, pada 1 Januari tahun ini, rezab gas di luar pantai Sabah adalah berjumlah 12.7 trilion kaki padu atau (kira-kira 14 peratus daripada jumlah rezab gas Malaysia).

“Medan-medan gas yang terdapat di luar pantai Sabah adalah kecil dan berselerak, tidak seperti medan-medan gas di luar pantai Semenanjung Malaysia dan Sarawak,”katanya.

Oleh yang demikian katanya, pembangunan rezab gas di luar pantai Sabah perlu dijalankan secara berkelompok dan ini melibatkan kos yang tinggi.

Katannya, kos pelaburan pembangunan loji minyak, gas dan petrokimia pada masa ini adalah terlalu tinggi berikutan peningkatan harga pasaran bahan-bahan binaan dan peralatan.

Walau bagaimanapun katanya, sebahagian daripada gas yang bakal didaratkan telah diperuntukkan untuk kegunaan sektor tenaga dan perin-dustrian di negeri ini.

“Petronas dan Yayasan Sabah telah mengadakan usaha sama bagi pembangunan sebuah Loji Janakuasa Elektrik dengan kapasiti sebanyak 300MW di Kimanis,” katanya..

Pembinaan loji itu dijangka akan memperkukuh lagi sektor tenaga di Sabah dan menjadi pemangkin kepada pembangunan industri-industri lain di Sabah.

21st November, 2008 - New Sabah Times

Tindakan k’jaan keluarkan KP hijau tidak harus disalahtafsir, kata Ghapur

TAWAU: Tindakan kerajaan yang memutuskan untuk mengeluarkan semula kad pengenalan hijau bermula 15 November 2008 lepas, tidak seharusnya disalah-tafsirkan oleh mana-mana pihak kerana dokumen terbabit hanya dikeluarkan kepada mereka yang layak dan setelah tapisan dibuat.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ab-dul Ghapur Haji Salleh, berkata tindakan itu juga adalah bersesuaian dengan tuntutan beberapa pemimpin termasuk beliau sebelum ini, yang meminta kerajaan me-nyelesaikan masalah mereka yang tidak mempunyai status warganegara.

Justeru yang demikian ujarnya, beliau berharap tindakan terbaru kerajaan itu tidak dijadikan satu isu negatif, apatah lagi dijadikan sebagai isu perkauman.

“Kita harus sedar, JPN (Jabatan Pen-daftaran Negara) bukanlah pasar. Kad hijau ini cuma dikeluarkan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja. Saya pun tidak mahu kalau ada yang tidak layak, mendapat kad ini,” tegas beliau.

Dalam hal berlainan, beliau menjelaskan bahawa dari segi rasionalnya, pemberian kad itu secara tidak langsung jga dapat menyelesaikan masalah identiti mereka yang terlibat, sekaligus memudahkan pihak berkuasa untuk mengesan mereka sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi dan beberapa ahli Persatuan Hakka Tawau dan Badan Perhubungan Ketua Masyarakat Cina Tawau, di pejabatnya di Bangunan Umno di sini, kelmarin.

Menyentuh hal berlainan, Ghapur memberitahu yang pihaknya amat mengalu-alukan pihak pentadbiran sekolah-sekolah Cina dan tokong di kawasannya, untuk mengemukakan sebarang masalah atau apa-apa perkara yang diperlukan oleh mereka.

Sebagai pemimpin di kawasan terbabit jelasnya, beliau akan berusaha memberikan bantuan yang sewajarnya termasuklah dari segi peruntukan ataupun dengan mengemukakan permasalahan yang mereka hadapi kepada pihak kerajaan.

“Kita mengamalkan sikap terbuka dan akan terus berkhidmat kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum atau la-tar-belakang. Kita juga kini sedang me-rangka satu sesi dialog dengan sekolah-sekolah Cina, bagi melihat keperluan dan mendengar permasalahan yang mereka hadapi,” katanya lagi.

Pada majlis itu, Ghapur turut me-nyampaikan cek sumbangan beliau sebagai Ahli Parlimen bernilai RM10,000 ke-pada Pengerusi Persatuan Hakka Tawau, Datuk Lim Yen Ngiap dan RM5,000 ke-pada Pengerusi Badan Perhubungan Ketua Masyarakat Cina Tawau, Yap Kin Vun.

Hadir sama pada majlis ringkas itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Haji Abdul Muis Haji Picho; Adun Merotai, Pang Yuk Ming dan Adun Tanjung Batu, Datuk Hajah Hamisa Samad.

23rd November, 2008 - New Sabah Times

Upko: Green MyKad a new stress on the people

Kota Kinabalu: The re-issuance of the green MyKad to "stateless" people in Sabah is putting new stress on local people in the State, said Upko Youth chief Arthur Sen.

"We in Upko Youth are questioning the rationale behind the National Registration Department's decision to reactivate the issuance of the green MyKad, which had been frozen since 2004," he said.

He claimed the exercise will only benefit foreigners who were born in Sabah and who had been issued birth certificates without citizenship.

According to information received, he said the green MyKad is only valid for five years and asked what will happen to the temporary citizenship status of these green MyKad holders and their children after that period was over.

"There is a big possibility that these green MyKad holders will one day become permanent residents and then qualify themselves or their subsequent generation to obtain the blue MyKad as citizens É in the long run it would change the population demography of Sabah," he said.

This must be prevented from now by stopping the NRD exercise, he stressed. "Another negative effect will be that the green MyKad holders will compete against the genuine locals in economic activities É this is already happening now, and what more when they already get the green MyKad," he said.

Also in terms of access to public facilities, he said the local people will also be forced to compete with the immigrants like for medical treatment and wards at the public hospitals, recreational parks and so on.

"All these are saddening. Government agencies like the NRD need to be more attentive to the feelings and political sentiments of the genuine locals in Sabah," he said.

22 November, 2008- Daily Express

Oil royalty: SAPP not giving up

Kota Kinabalu: The Sabah Progressive Party (SAPP) is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah even though the State Government stated it is not pursuing the matter since the Petroleum Development Agreement is not revisable.

"This is not the end of the story, we will continue to fight for it," said President Datuk Seri Yong Teck Lee commenting on Chief Minister Datuk Seri Musa Aman's explanation during the recent Budget sitting that there is no provision in the agreement to review the five per cent oil royalty.

SAPP Luyang Assemblywoman, Melanie Chia and Sepanggar MP Datuk Eric Majimbun, had both raised the issue at the State Assembly and Parliament, respectively.

"Even the country's Constitution can be amended (so) why can't it be the same for the Petroleum Development Agreement?," said Yong, adding that even if it is stated that the agreement is not revisable, it is not final so long as both the Federal and State governments mutually agree to review.

"We will not be surprised if Kuala Lumpur declines to review because they are taking our resources but it is a surprise that our State Government is also reluctant to call for the review," he said.

Speaking to reporters after the soft opening of the SAPP Putatan Maju Centre near here, Saturday, Yong asked if it was wrong for Sabah and Sarawak to request for a revision on such a lop-sided agreement.

According to him, Parti Keadilan Rakyat de-facto leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim also shared similar sentiment on this issue with SAPP.

"This morning (Saturday) we (SAPP leaders) had breakfast with him, to get to know each other and discuss several issues like the economic situation and the review of the petroleum agreement.

"Anwar's stand and (that of the) SAPP is the same on this issue," he said.

Asked if there was any official invitation from Pakatan Rakyat for SAPP to join them, he said there was none.

"But the components in the Pakatan Rakyat understand our position," he said, adding that SAPP is also not answerable to Pakatan Rakyat, especially in the context of its eight-point agenda, one of which is State autonomy.

"The question of whether Pakatan Rakyat agrees with SAPP or not, is not the issue because that is what we call State autonomy.

"We don't have to get permission from anyone outside Sabah to get autonomy," he said, when asked if he had spoken to Anwar about State autonomy.

Nonetheless, SAPP would be constructive and innovative in its relationship with PKR without compromising its autonomy, he said.

"Whether we will be opposing or supporting each other (in the election) our basis is in the eight-point agenda and one of them is State autonomy. So we cannot do anything that compromises our autonomy."

Earlier, Yong said the opening of the SAPP Putatan Centre at the former Sabah Barisan Nasional (BN) headquarters in Putatan Square is a symbolic start for SAPP's struggle.

"I feel proud that SAPP now has gained a foothold in Putatan. As the first step to fight for the rights of Sabah we take over the State BN's office. Our re-branding process that started in October is beginning to show results.

"This is just the beginning (and) there are more great things to come," he said.

He added that so far the party had lost less than 200 members, including one in Tanjung Papat when Datuk Raymond Tan submitted his official resignation letter, but in the past few weeks SAPP had gained more than 1,200 new members.

He also disclosed that SAPP had approved the membership of academician and columnist, Haji Amde Sidek, who is also in the party's think-tank board.

Yong also commended the new members in Putatan led by Dullie Haji Marie, the former Political Secretary to then Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Pandikar Amin Mulia, for joining the party.

"It is very rare that a ruling coalition party component will leave the government of the day and fight for the opposition. It is even rarer that new members join this party knowing very well that the next elections is still a long way to go," he said.

Later, Yong together with SAPP Supreme Council members witnessed the planting of the SAPP flag at the centre by party adviser, Datuk Haji Murshidi Nambi. He also received 612 membership applications from the 10 SAPP branches in Putatan.

23 November 2008 - Daily Express