Sunday, November 23, 2008

UPKO Persoal Rasional JPN Keluarkan Semula MyKad Hijau

PENAMPANG, 21 Nov (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menganggap pengeluaran semula MyKad hijau oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada orang yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia debagai sesuatu tekanan mental dan politik baru kepada penduduk tempatan Sabah.

"Belumpun selesai isu kebanjiran pendatang asing di Sabah, isu dakwaan pemberian taraf warganegara Malaysia kepada puluhan ribu pendatang asing di Sabah, isu dokumen kewarganegaraan palsu, dan pemegang IMM13 yang tidak berkurang tetapi bertambah, kini muncul lagi isu baru iaitu pemberian MyKad hijau yang boleh menggugat hak rakyat Sabah," kata Ketua Pemuda UPKO Arthur Sen, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar tentang gerakan JPN di seluruh negara yang akan mengeluarkan Mykad hijau kepada pemegang sijil kelahiran Malaysia dan pemegang Mykad hijau sedia ada.

Ekoran itu, pejabat JPN Kota Kinabalu dan Tawau diserbu oleh ribuan pemohon.

Arthur berkata Pemuda UPKO mempertikaikan rasional di sebalik keputusan JPN mengaktifkan semula pemberian MyKad hijau yang sudah dibekukan sejak tahun 2004.

Pengeluaran MyKad hijau hanya menguntungkan pemiliknya yang sememangnya warga asing yang dilahirkan di Sabah dan diberi sijil kelahiran tanpa warganegara, katanya.

"Menurut maklumat yang diterima MyKad hijau ini akan laku dan sah sehingga lima tahun. Persoalannya ke mana pula arah tuju kerakyatan mereka dan juga anak-anak mereka selepas itu," kata beliau.

Arthur berkata pemegang MyKad hijau suatu hari berkemungkinan menjadi pemastautin tetap dengan memegang MyKad merah dan seterusnya melayakkan dirinya atau keturunannya memperoleh MyKad biru atau warganegara Malaysia.

Tindakan JPN itu mungkin akan memberi kesan buruk terhadap demografi penduduk Sabah pada masa akan datang, tegasnya.

-- BERNAMA

21 November, 2008 18:28 PM

4 comments:

esth said...

pasal pemegang IMM13 tu kaaan,...bukan time 1970-1979 saja pegang nih barang ka? kenapa pula sampai sekrang masi di issue kan kepada pelanggan?? sama ada yang ada pasport (1960an)..pegang workpass lagi sebelum diberi ic hijau dulu2.....lepas tuh kena 'downgrade' pula dikasi IMM13...IMM13 punya dokumen inih, hanya diberi kepada PELARIAN PERANG...dari Filipina... sedihnya, yang mula2 datang Sabah status 'LEGAL'..last2 dikasi sama taraf macam pendatang haram ....

kalau pegang dokumen kewarganegaraan paslu.....itu jangan cerita la, kalau kawasan Tawau, Kunak, Semprna....huuuu......tida payah cakap, sekarang ini pun masih ada....JPN, macama kamu trace ini??

Arthur Sen, pada pendapat kamu bagaimana kita harus tangani isu ini?
i would like to HEAr from leaders....

Yoku said...

Haiya... Inilah lah bah yang bikin maradang. Kita punya presiden bilang mau tubuh Royal commission, Pm tak mau. Buat task force diketuai bakal Pm. Apa dia bikin? Pura2 tangkap2 sekejap saja. Bilang allocate juta2. Temberang saja, lepas tu bila orang diam kasi lagi keluar IC hijau. Mangkali diorang ingat orang Sabah ni buduh2 bah.....Susah betul

jojo said...

sa tidak berpuas ati dngan tndakan kerajaan dlam menangani masalah PTI di Sabah.Ibubapa sa datang legally ke Sabah pada 1967 dan pemegang IC hijau since '80an.sa lahir membesar & mendapat pendidikan di sini.Tapi tidak layak utk memohon reissuance IC hijau sa,alasan phak JPN Tawau adalah kerana parents saya mempunyai IC.hanya mereka yg mana ibubapa mereka tidak mempunyai sebarang dokumen(pendatang sama sekali) yg layak memohon.
adakah semua rakyat Sabah sedar bahawa di Tawau surat lahir boleh dibuat walaupun ibubapa mereka tidak mempunyai IC mahupun passport yg sah?skarang pula memberikan IC kepada mereka ini yg tidak mempunyai apa2.dari seberang datang secara haram dan melahirkan anak di sini secara terus layak mendapat iC?? Now wat a stupidity it is?? instead menangani masalah PTI, pihak kerajaan menambah lagi bilangan PTI di Sabah. Seharusnya kerajaan memantau dan membezakan PTI & Immigrant yg datang memberi sumbangan atas pembangunan Sabah.
Dengan ini,saya menyeru pihak2x NGO atau badan2x seperti UPKO dsb untuk menjadi pemantau mahupun penyelaras dalam pemberian IC hijau ni agar tiada exploitasi dan membenteras mana-mana pihak yg ingin memgambil kesempatan dalam isu ini.kerana di Tawau ini, tiada bumiputera (original) seperti Kadazan,Dusun,Murut yg berada dlam penyelaras JPN.Mostly bangsa bugis.Benda2 ini yg harus ditangani oleh pihak kerajaan sebelum mana2x permohonan IC hijau dijalankan agar keadilan dapat dimetrai dalam kontex ini.

OnsoiKayam said...

Masaalah mykad palsu pun belum selesai dan tambah pula mykad hijau. Bagus juga jikalau mykad hijau untuk orang asing. Sekurang-kurangnya kita tahu pemegang kad tersebut orang asing. Jangan pula sebaliknya, orang tempatan kad hijau dan orang asing mykad palsu.