Dalam pada itu, kilang-kilang berkaitan gas dan petrokimia juga akan dibina untuk tujuan tersebut, katanya dalam satu kenyataan kelmarini. Dompok menambah selepas beliau membangkitkan isu itu dalam mesyuarat jemaah men-teri di Putrajaya kelmarin, keputusan yang dicapai adalah pembinaan paip gas dari Kimanis ke Bintulu akan diteruskan namun hanya lebihan gas yang akan disalurkan ke Sarawak.
"Kabinet Persekutuan kini bersetuju untuk mewujudkan industri petrokimia yang lengkap sepenuhnya di Sabah menggunakan gas dan minyak dari Sabah. "Saya bagi pihak Upko dan rakyat Sabah mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas keprihatinan ini," kata Dom-pok yang juga presiden Upko.
Katanya ketetapan tersebut pasti mempelbagaikan lagi aktiviti ekonomi Sabah dan pembinaan kilang untuk industri petrokimia itu bakal menyuntik semangat dan menjadi pemangkin kepada Koridor Pembangunan Sabah.
"Akhirnya, Sabah, salah satu daripada hanya tiga negeri pengeluar minyak dan gas di Malay-sia kita ini boleh turut serta aktif dalam aktiviti hiliran industri gas dan minyak.
"Pembinaan serentak kilang petrokimia dan paip gas mampu membantu Sabah, yang selama ini ketinggalan dari segi pembangunan terutama industri gas dan minyak, untuk terus maju dan menikmati arus perdana pembangunan negara," tambah beliau.
No comments:
Post a Comment